Monday, January 12, 2009

HADIS 30 (Hudud & Larangan Allah)

0 comments
عن أبي ثعلبة الخشني جرثوم بن ناشر عن رسول الله قال: (( إن الله تعالى فرض
فرائض فلا تضيعوها، وحد حدودا فلا تعتدوها، وحرم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن
أشياء رحمة لكم غير نسيان، فلا تبحثوا عنها )) حدیث حسن رواه الدارقطني وغيره.

Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutnie dan lain-lain (Hadis ini walaupun hadis yang mempunyai ‘illah (iaitu hadis yang mempunyai ‘illah iaitu sebab yang tersembunyi lagi mencacatkan nilai hadis dengan terkumpul dua syarat (1) wujud kekelabuan dan ketersembunyian (2) ada kecacatan. Hukum hadis mu’allal ini ialah dha’if. Lihat Taisir Mustalah Hadis, Dr. Mahmud al-Thahhan) namun di sana masih banyak riwayat-riwayat lain yang memperkuatkan hadis ini. Al-Bazar telah meriwayatkan dalam sanadnya, begitu juga al-Hakim meriwayatkan riwayat seumpamanya daripada Abu Darda’ . Al-Bazar berkata: “Isnadnya bagus, al-Tarmizi telah meriwayatkan hadis seumpamanya daripada Abu ‘Uthman al-Nahdie daripada Sulaiman, sebagaimana ia juga diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada hadis Ibnu ‘Abbas. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al- Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).

Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah
bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang beberapa perkara, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.

Pengajaran hadis:

(1) Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi titah perintah Allah SWT sama ada berbentuk suruhan fardhu mahupun larangan haram. Hadis tersebut mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan begitu sahaja.

(2) Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.

(3) Di samping itu, Allah SWT mendiamkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal haramnya secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah berbuat demikian bukan kerana lupa, bahkan sebagai rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan bagi manusia. Hukum perkara yang ditinggalkan hukum halal haramnya adalah harus, iaitu boleh dilakukan.

HADIS 29 (Pintu Kebaikan & Laluan Petunjuk)

0 comments
عن معاذ بن جبل قال: قلت : (( یا رسول الله! أخبرني بعمل یدخلني الجنة ویباعدني عن
النار. قال: لقد سألت عن عظيم، وأنه ليسير على من یسره الله تعالى عليه: تعبد الله لا
تشرك به شيئا، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت. ثم قال: ألا
أدلك على أبواب الخير؟ الصوم جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة كما یطفئ الماء النار،
وصلاة الرجل في جوف الليل، ثم تلا { تتجافى جنوبهم عن المضاجع } حتى بلغ {
یعملون } ثم قال : ألا أخبرك برأس الأمر وعموده وذروة سنامه؟ قلت بلى یا رسول الله.
قال: رأس الأمر الإسلام، وعموده الصلاة، وذروة سنامه الجهاد. ثم قال: ألا أخبرك بملاك
ذلك كله؟ بلى یا رسول الله فأخذ بلسانه وقال: كف عليك هذا. قلت: یا نبي الله، وإن المؤاخذون بما نتكلم به؟
فقال: ثكلتك أمك! وهل یكب الناس في النار على وجوههم، أو قال

على مناخرهم إلا حصائد ألسنتهم؟ )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih.
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata: Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulangtulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.

Pengajaran hadis:

(1) Berdasarkan hadis ini, amalan yang boleh memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga ialah menunaikan rukun-rukun lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik dan beriman kepada Rasulullah SAW, sembahyang, zakat, puasa Ramadhan dan ibadat haji.

(2) Pintu-pintu kebajikan pula sangat banyak, antaranya yang disebut dalam hadis ini ialah berpuasa kerana ia adalah perisai yang melawan hawa nafsu bagi seorang mukmin. Selain itu ialah sedekah yang ikhlas kerana Allah kerana ia dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api. Pintu kebajikan seterusnya ialah sembahyang di waktu tengahmalam.

(3) lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim. la dapat menguatkan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat memberikan sinar air muka yang bercahaya bagi orang yang melakukannya. Allah SWT telah memuji orang yang suka beribadat pada waktu tengah malam dalam banyak ayat termasuk ayat yang dipetik dalam hadis ini.

(4) Tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. Seorang mukmin sejati mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran dan rintangan.

(5) Kunci segala perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah adalah antara anggota badan yang paling banyak terdedah melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara jahat dan maksiat, Baginda Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat celupar lidah.

HADIS 28 (Menghayati Sunnah & Menjauhi Bidaah)

0 comments
عن أب نجيح العرباض بن ساریة قال: (( وعظنا رسول الله موعظة وجلت منها
القلوب، وذرفت منها العيون فقلنا: یا رسول الله كأنها موعظة مودع فأوصنا. قال: أوصيكم
بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد، فإنه من یعش منكم بعدي
فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدین المهدیين، عضوا عليها
بالنواجذ، وإیاكم ومحدثات الأمور، فإن كل بدعة ضلالة )) رواه أبو داود والترمذي وقال:
حدیث حسن صحيح.

Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal, maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat. Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.

Pengajaran hadis:

(1) Ucapan nasihat dan peringatan adalah penting dalam kehidupan umat lslam. Pengajaran dan peringatan hendaklah disampaikan secara bersungguh-sungguh dan berkesan agar ia memberikan kesan positif kepada para pendengar.

(2) Rasulullah SAW berwasiat dalam hadis ini beberapa perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa kepada Allah SWT, patuh dan taat kepada pemerintah biarpun dia adalah orang yang berasal dari keturunan bawahan atau hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang diperintahkan, bukan orang yang memerintah.

(3) Masalah melantik hamba abdi menjadi ketua masih diperselisihkan oleh para ulama, namun Rasulullah SAW menyebut hal ini bagi menunjukkan peri pentingnya tuntutan patuh dan taat bagi seorang mukmin terhadap ketuanya selagimana perintahnya tidak bertentangan dengan syara'.

(4) Umat akhir zaman diancam oleh perselisihan dan perpecahan. Justeru itu Nabi SAW berpesan agar umat Baginda berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa' Rasyidin. Baginda menyeru mereka agar menggigit sunnah-sunnah tersebut. Ungkapan ini memberi erti betapa perlunya berpegang teguh dengan sunnah Nabi dan Khulafa' Rasyidin serta menjauhkan perkara bid'ah yang sesat, perkara yang diada-adakan dalam agama kerana semua bid'ah adalah kesesatan yang akhirnya membawa pengamalnya ke lembah neraka.

HADIS 27 (Kebajikan & Dosa)

0 comments
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وكرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.

Pengajaran hadis:

(1) Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik, sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara' atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri. Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati. Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama.

HADIS 26 (Berbuat Baik & Berlaku Adil)

0 comments
عن أبي هریرة قال: قال رسول الله : (( كل سلامى من الناس عليه صدقةٌ كل یوم
تطلع فيه الشمس، تعدل بين اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها، أو ترفع له
عليها متاعه صدقة، والكلمة الطيبة صدقة، وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط
الأذى عن الطریق صدقة )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pengajaran hadis:

(1) Seperti hadis 25, hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadangkadang dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah.

(2) Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya. Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan.

(3) Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.

HADIS 25 (Kurniaan Dan Keluasan Rahmat Allah)

0 comments
عن أبي ذر أیضا (( أن أناسا من أصحاب رسول قالوا للنبي : یا رسول الله ذهب
أهل الدثور بالأجور: یصلون كما نصلي، ویصومون كما نصوم، ویتصدقون بفضول
أموالهم. قال: أو ليس قد جعل لكم ما تصدقون: إن لكم بكل تسبيحة صدقة، وكل تكبيرة
صدقة، وكل تحميدة صدقة، وكل تهليلة صدقة، وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن منكر
صدقة وفي بضع أحدكم صدقة. قالوا : یا رسول الله أیأتي أحدنا شهوته ویكون له فيها
أجر؟ قال: أرأیتم لو وضعها في حرام أكان عليه وزر فكذلك إذا وضعها في الحلال كان له
أجر )) رواه مسلم.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orangorangkaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.

Pengajaran hadis:


(1) Para sahabat Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sering berlumba-lumba mahu melakukan kebaikan.

(2) Setiap amalan soleh mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan dipersia-siakan sama sekali.

(3) Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih iaitu mengucap ( سبحان الله ), bertahmid iaitu mengucap ( الحمد لله ), bertahlil iaitu mengucap ( ,(لا إله إلا الله menyuruh orang berbuat ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah sehinggakan melakukan hubungan sekspun dianggap sedekah! Kerana kalau dia berzina, dia dianggap berdosa dan akan menerima azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.

(4) Bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan harta, mereka hendaklah selalu bersedekah, lebihlebih lagi kalau mereka terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga kurang bermasa untuk melakukan amal ibadat sunat yang lain.

(5) Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang dianjurkan dalam hadis ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.
 

. Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template